Pengenalan
Hai,hari ni saya akan menceritakan serba sedikit tentang tumbuhan yang ada di muka bumi kita ini ,secara specifiknya di negara kita malaysia.Malaysia memang terkenal dengan kekayaan hutan tropika yang meliputi sebahagian besar daripada muka buminya. Tumbuhan yang segar ini bukan sahaja menyaman dan mengindahkan persekitaran, tetapi juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Betapa tidaknya, jika diteliti dan dikaji, hampir setiap tumbuhan yang dijadikan oleh Tuhan, semuanya mempunyai kegunaan dan keistimewaan yang tersendiri. Sebahagian besar daripada tumbuhan dapat dijadikan ubat; apa yang perlu ialah ilmu dan kajian yang mendalam mengenai sesuatu tumbuhan itu.
Penggunaan tumbuhan di dalam bidang perubatan tradisional telah lama berlangsung sejajar dengan kewujudan manusia itu sendiri dan diamalkan sebagai rawatan utama atau pilihan oleh semua masyarakat dan kaum.
Pada umumnya yang dimaksudkan dengan ubatan tradisional adalah ramuan dari tumbuhan-tumbuhan yang berkhasiat atau dikatakan berkhasiat sebagai ubat. Khasiatnya diketahui dari penuturan orang-orang tua atau dari pengalaman. Orang-orang Melayu telah sekian lama mengamalkan cara pengubatan yang menggunakan tumbuhan, sama ada ia berasal dari hutan, sekitaran atau ditanam khas untuk tujuan ini. Berbagai-bagai jenis tumbuhan telah diketahui boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan digunakan dalam perubatan tradisional. Penggunaan tumbuhan dalam perubatan perlulah dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Sepatutnya ia hanya boleh diamalkan oleh orang-orang yang berpengetahuan mengenainya, seperti ahli perubatan tradisional atau ahli herba. Walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang mencuba pengubatan tradisional ini dengan sendiri untuk menyembuhkan beberapa penyakit yang tidak berbahaya. Pengalaman mengajar mereka apakah jenis-jenis tumbuhan yang boleh dan tidak boleh di makan. Perhubungan antara rupa bentuk, warna atau bau sesuatu tumbuhan itu sering dikaitkan dengan jenis penyakit yang ingin diubati. Ia merupakan salah satu cara yang penting dalam menentukan tumbuh-tumbuhan yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
Contohnya
-Kunyit (curcuma domestica)
*Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati.
* Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah.
*Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.
* Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.
*Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati.
-Halia (Zingiber officinale)
*Secara tradisional halia banyak digunakan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut,, tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun, cirit-birit dan lain-lain.
*rizom halia muda digunakan sebagai bahan campuran dalam makanan ringan, minuman dan halua. *Halia muda digunakan kerana serabutnya yang lembut dan halus
-CEKUR (Kaempferia galanga)*Secara tradisional halia banyak digunakan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut,, tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun, cirit-birit dan lain-lain.
*rizom halia muda digunakan sebagai bahan campuran dalam makanan ringan, minuman dan halua. *Halia muda digunakan kerana serabutnya yang lembut dan halus
*Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria
*Rizom yang matang digunakan untuk mengubati sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan juga membunuh kutu kepala
*Orang Cina juga percayarizom sebagai bahan penyelera makanan, membuang angin dalam perut, mengubati sembelit, sakit kepala, dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment