Pernah pergi mendaki atau berkhemah di hutan ??Haa kali ni saya ingin share sedikit ilmu tentang tumbuhan yang boleh dimakan sekiranya anda tersesat atau tiada bekalan semasa berada dihutan.đź‘Ť
Disini saya sertakan contoh tumbuhan yang boleh dimakan yang mungkin kita tak kenal selama ini :
Kalor (Moringa)
Tumbuh sehingga 10m dengan daun yang kecil berbentuk oval. Bunganya berwarna putih kuning sebesar 25~38 cm. Bijinya berwarna coklat dan mempunyai 3 permukaan. Daun dan buahnya yang muda boleh dimakan mentah atau dimasak. Buah yang tua boleh dipotong kecil dan dimasak seperti kacang panjang. Akar dihancurkan dan boleh dibuat bahan perasa makanan tapi perlu tahu caranya kerana ia mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan sistem saraf. (tidak digalakan.). Mengandungi sumber yang kaya dengan Beta Karotin, Vitamin C, Protien, Zat Besi dan Potassium
Serikaya (Sugar Apple Atau Sweet Sop)
Pokok setinggi 6~5 meter ini mempunyai daun yang berbentuk tajam dan oval sebesar 5~17cm panjang, 2~5cm lebar. Bunganya berwarna kuning-hijau dan mempunyai 3 kelopak yg besar. Banyak terdapat di Indonesia. Isi dalamnya seperti buah durian belanda dan boleh dimakan.
Tin (Wild Figs atau Ficus Carica)
Tin (Ficus carica) adalah sejenis tumbuhan penghasil buah-buahan yang dapat dimakan yang berasal dari Asia Barat. Buahnya bernama sama. Dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Ara. Pokoknya tumbuh setinggi 6.9~10 meter. Daunnya sebesar 12~25cm panjang dan 10~18cm lebar dengan 3 atau 5 jejari. Buahnya 3~5cm panjang dengan kulit hijau dan bertukar ungu atau coklat apabila sudah masak. Getah pokok ini boleh menyebabkan kulit gatal.Buah tin boleh dimakan segar, dikeringkan, atau dibuat selai. Buah yang dipetik harus segera dimanfaatkan karena tidak dapat disimpan lama (mudah rosak). Ia disebut-sebut dalam AlQuran (Surah At-Tiin) iaitu pohon ara yang daunnya dijadikan cawat oleh Nabi Adam dan Hawa ketika mereka mereka diusir dari surga.
Maja ( Bael Fruit)Tumbuh setinggi 18m dan bunganya berbau wangi. Kulit buahnya keras dan licin. Warna kulit luar buah maja berwarna hijau tetapi isinya berwarna kuning atau jingga. Aroma buahnya harum dan cairannya manis, bertentangan dengan anggapan orang bahwa rasa buah maja adalah pahit. Sebagaimana jeruk, buah maja dapat diolah menjadi serbat, selai, sirop, atau nektar. Kulitnya dibuatmarmalade. Buahnya boleh dimakan mentah dan kaya dengan vitamin c.
reference : https://malaysianscout.blogspot.my/2010/01/tumbuhan-untuk-makanan.html
👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼
ReplyDelete